سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, August 29, 2011

MERDEKA DALAM LEBARAN

Tanggal 31 Ogos 1957 adalah detik yang paling bermakna bagi negara Malaysia. Tarikh ini dikenang sebagai merdekanya Malaya. Besar maknanya bagi rakyat Malaysia kerana di sinilah bermulanya kebebasan. Di sinilah bermulanya keamanan. Di sinilah bermulanya kemajuan. Di sini bermulanya perpaduan. Di sinilah bermulanya kedaulatan dan di sinilah terciptanya satu bangsa berdaulat. 31 0gos, disambut pada setiap tahun tidak kira agama, bangsa dan umur. Pada hari ini, ramai tahu bila Negara merdeka, tetapi semakin kurang penghayatannya. Oleh itu, semangat patriotisma hendaklah dipupuk terutamanya dalam kalangan generasi moden.

Pada tahun ini, merdeka di sambut pada Hari Raya. Disebabkan ini, sambutan hari kemerdekaan kurang nampak sinarnya tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Walaupun begitu, kita sedar umat islam di Negara ini perlu berpuasa bagi merebut ganjaran yang tidak ternilai. Hari raya pula, perlu disambut, terutamanya bagi memohon kemaafan di antara keluarga dan sahabat handai. Hari raya jatuh pada 30/08/2011 iaitu sehari sebelum hari kemerdekaan. Dalam kemeriahan menyambut lebaran selikkan bersama kemerdekaan. Barulah ada sedikit kelainan dalam lebaran.

Akhir kata, sambutlah Lebaran dalam kemerdekaan dan kemerdekaan dalam lebaran.

No comments:

Post a Comment